Baru-baru ini, pelakon dan model terkenal, Alicia Amin berkongsi momen dia meluangkan masa bersama bekas suaminya, Dr Farzan Iqbal.
Artikel berkaitan: ‘Sampai Sini Sahaja Jodoh Kami’- Alicia Amin Cerai Talak Satu
Artikel berkaitan: ‘Saya Paling Gembira Apabila Model Dapat Menggunakan Duit Yang Dituntut’ – Alicia Amin
Tidak akan berkahwin semula
Susulan daripada pertemuan tersebut, Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin mendedahkan dia ada menerima mesej daripada peminat yang memintanya untuk berkahwin semula dengan Farzan.
Bagaimanapun, tegas model berusia 28 itu dirinya tidak akan kembali semula dengan bekas suaminya itu, namun mereka masih menjaga hubungan dan berkawan baik.
Kami memang baik tetapi tak mahu kahwin semula. Tolong jangan normalisasi mengatakan perkara sebegitu kepada individu tidak dikenali. Kenapa perlu bercerai? Untuk keseronokan ke?
Situasi saya dengan bekas suami sangat baik dan kami memilih untuk kekal sebagai kawan serta tiada isu bersama pun.
Alicia berkongsi mengenai perkara itu menerusi kemaskini terbaharu di Instagram Stories (IG Story) miliknya pada Rabu.
Sementara itu, pelakon filem Seratus itu turut meminta orang ramai agar menghentikan budaya yang meminta pasangan sudah berpisah untuk kembali rujuk semula yang dilihat sudah menjadi kebiasaan masyarakat negara ini.
Kalau anda mengatakan perkara tersebut kepada seseorang yang pernah melalui perkahwinan yang sukar, L (loser) untuk awak. Saya mendapat banyak mesej pelik sebegini.
Sebaik-baiknya berdoalah untuk kebahagiaan dan kerjaya berbanding inginkan saya kembali bersama dengan seseorang yang saya tidak lagi bersama.
Untuk rekod, Alicia dan Farzan telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2021, namun usia perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai pada Mac lalu.
Sumber: Instagram Alicia Amin