Setelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya model dan pelakon, Alicia Amin sah bercerai bersama suami di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Paling Gembira Apabila Model Dapat Menggunakan Duit Yang Dituntut’ – Alicia Amin
Artikel Berkaitan: ‘Semua Model Tahun Ini Perlu Dibayar Dalam Tempoh Sehari’ – Alicia Amin Protes Di KLFW2022
Bercerai secara baik
Pemilik nama sebenar Raja Alicia Raja Amin berkata dia menerima takdir Ilahi ini dengan hati yang terbuka dan menjelaskan bahawa mereka berpisah secara baik dan tidak wujud isu ‘orang ketiga’ sepanjang perkahwinan.
Kami bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.
Saya tak nak buruk-burukan bekas suami kerana itu bukan cara saya.
Pelakon drama The Bridge dan suaminya Farzan Iqbal telah memutuskan untuk lebih selesa sebagai kawan sahaja bukan pasangan suami isteri.
Dalam pada itu, Alicia menyatakan perkahwinan mereka sudah tidak mampu diselamatkan lagi dan satu-satunya jalan adalah menerusi perceraian.
Memang dah fikir habis bahawa sampai sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan.
Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula ke sana ke mari sebagai pelakon dan model.
Untuk rekod, Alicia, 28 mendirikan rumah tangga bersama Farzan, 29 pada Februari 2021 dan hasil perkahwinan mereka, mereka tidak dikurniakan anak.
Sumber: Kosmo