Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah akhirnya hadir di pentas akhir Famili Duo pada malam ini bagi memberi semangat kepada dua orang anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.
Beri semangat buat anak-anak
Minggu lalu, juri tetap Famili Duo iaitu Mas idayu meminta pelantun suara ‘Gadis Melayu’ itu hadir bagi memberi sokongan buat anak-anaknya yang bertanding.
Ujar Mas Idayu, Zaki dan Yamani menunjukkan peningkatan setiap minggu. Oleh itu, dia berharap Jamal dapat hadir menyaksikan sendiri persembahaan anak-anaknya.
Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan! sebelum ini, Zaki dan Yamani berkata bapa mereka selalu memberi kata-kata semangat buat mereka sebelum memulakan persembahan.
Malam ini, Zaki dan Yamani akan menyanyikan lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret serta Pelukan Angkasa nyanyi SOG & Shila Amzah.