berita

Dipercayai Angkara ‘Sihir’, Wanita Mengandung Meraung Kesakitan Ketika Dirawat Ustaz

March 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian video oleh seorang wanita yang sedang mengandung dikenali sebagai Ainaa.Nellysa menerusi satu hantaran di Instagram mencuri perhatian ramai.

Menerusi video pendek tersebut, wanita ini dilihat menangis teresak-esak dan ‘meraung’ kesakitan serta dibantu oleh seorang ustaz yang cuba mengubatinya.

Difahamkan wanita tersebut mendapatkan rawatan daripada seorang pengamal perubatan Islam setelah dipercayai terkena sihir. Menerusi kapsyen pada video tersebut, wanita ini menceritakan dia reda dengan apa yang terjadi dan berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

Ya Allah, anakku, banyak sangat yang kamu sudah lalui selama hampir 9 bulan kamu berada di dalam perut mommy. Syukur kepada Allah yang mommy tak melalui this alone. Kadang-kadang marah tanya apa salah aku sebenarnya.

Tapi semalam betul-betul buat aku tersedar, Allah hanya menurunkan ujian buat mereka yang mampu. Dan Allah nak tengok kita reda atau tak.

Wanita cekal ini akui kadang kala dia berasa tidak kuat dengan apa yang terjadi dan hampir berputus asa serta mahu meninggalkan segala-galanya.

Ambil lah pengajaran dari cerita mommy ini untuk kita sentiasa perbaiki diri dan bersangka baik pada Allah, siapa buat, kenapa buat or apa tujuan semua kita jangan fikir.

Jumpa benda ‘pelik’ di belakang kedai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AfiqZulkifly (@azrlafiq)

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh si suami dikenali sebagai Afiq Zulkifly pada Disember yang lalu, menceritakan pekerja kedainya menjumpai satu bungkusan tuala wanita ketika ingin membuang sampah.

Dalam bungkusan pad ini ada bua lagi bungkusan. 1 ada duit syiling dan jarum. Lagi satu ada duit RM1 bersama ranting.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat nota yang tertulis ‘Neli Tutup’ pada sekeping kertas dan ayah mentuanya turut datang ke kedainya bagi membaca doa.

Sumber: Ainaa.Nellysa & Afiq Zulkifly

SKIP THIS AD ×