Sebelum ini, viral kisah seorang pekerja restoran meninggal dunia selepas sebuah bungkusan yang diletakkan di atas keretanya meletup di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Pandan Indah.
Artikel berkaitan: Pekerja Restoran Maut, Bungkusan Plastik Atas Kereta Tiba-Tiba Meletup
Susulan kejadian tersebut, polis telah menahan pasangan suami isteri dipercayai suspek kejadian.
Cedera pada badan dan tangan
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, suspek lelaki dan wanita itu ditahan di Serdang dan Kedah malam tadi susulan maklumat yang diterima. Kedua mereka dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Ujar Farouk, mangsa cedera parah pada bahagian badan dan tangan. Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam. Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro