Sekadar gambar hiasan
Akibat menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan seorang wanita yang merupakan bekas ratu cantik telah ditahan oleh pihak polis.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3 pagi dan wanita berkenaan dipercayai mabuk bertindak secara luar kawalan.
Bekas ratu cantik tumbuk pegawai polis
Sekadar gambar hiasan
Ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid menerusi laporan Harian Metro, wanita berkenaan sedang memandu kenderaan bersama rakannya dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.
Namun, sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan. Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya.
Tambah Fakhruddin lagi, suspek bertindak menumbuk anggota polis berkenaan ketika dia cuba ditahan.
Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sumber: Harian Metro