
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tampil menjawab pertanyaan segelintir wargamaya yang mempersoalkan pengiktirafannya sebagai Celebrity Of The Year pada Tourism Industry Awards 2026 (TIA26), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: AJL40: Aina Abdul Serap Aura & Roh ‘Terus Hidup’ Dalam ‘Kamu’ – ‘Saya Mahu Rasa Tenang Sahaja’
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Sambut Baik Hasrat Azmeer Ingin Bekerjasama – ‘Siapa Tak Mahu Karya Komposer Hebat’
Juri menilai

Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, dia tidak mempunyai jawapan khusus mengenai persoalan berkenaan, namun percaya pihak penganjur mempunyai alasan tersendiri dalam menentukan penerima anugerah tersebut.
Pihak tourism yang menjurikan dan membuat penilaian. Walaupun saya menerima banyak tawaran kerja dengan pihak mereka, namun itu tidak bermakna saya begini (bias). Saya hanya menjalankan tugas. Saya hanya menyanyi, alhamdulillah pihak tourism melihat dari sudut yang positif.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan AJL40 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, pada Khamis.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Kamu itu mengakui dirinya sendiri tidak mengetahui secara terperinci mengenai kaedah penilaian yang digunakan pihak penganjur, namun bersyukur dengan pengiktirafan diberikan.
Secara jujur, saya sendiri tidak tahu bagaimana penilaian itu dilakukan, namun saya bersyukur. Sejak dua tahun lalu, hubungan saya dengan Tourism Malaysia sangat baik.
Mungkin itu antara penilaian mereka selain rezeki daripada Allah. Saya berterima kasih kepada Tourism Malaysia kerana memberikan penghargaan ini kepada saya.
Ramai lagi artis di luar sana yang mungkin lebih layak, tetapi mungkin kali ini giliran saya, rezeki saya. Akan datang, artis lain pula.
Terdahulu, Aina menerima anugerah Celebrity Of The Year pada majlis anjuran Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) dan Santai Travel dengan kerjasama Tourism Selangor.








