berita

Dipilih Sebagai ‘Bidan Terjun’ Lompat Bergalah Untuk Sukan Sea, Nor Sarah Raih Pingat Emas Ke-19 Negara

May 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nor Sarah Adi berjaya merangkul pingat emas ke-19 buat kontinjen negara menerusi acara lompat bergalah pada temasya Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, semalam.

Atlet dari Pahang ini berkata emas dalam acara lompat bergalah sama sekali tidak dijangka memandangkan dia ke sini untuk menyertai acara 4×100 meter (m).

Bidan terjun

Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikanyang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih (lompat bergalah).

Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun Alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya oleh tuhan. Saya nak melakukan yang terbaik juga dan syukur dapat melakukan lompatan 4m sekali gus memperbaiki catatan peribadi terbaik saya. Saya juga rasa seperti bermimpi apabila memenangi pingat emas ini.

Menerusi laporan Astro Arena, Sarah terpilih sebagai bidan terjun lompat bergalah dan menjalani latihan bersama Coach Mansahar selama 4 minggu sebelum sertai Sukan SEA. Meskipun hanya berlatih selama 4 minggu, usaha yang dilakukan oleh Sarah ternyata berbaloi kerana berjaya merangkul pingat emas semalam.

Video

Sarah meraih emas dengan lompatan 4m manakala perak dimenangi atlet Thailand, Chonthicha Khabut (3.80m) dan gangsa dibawa pulang Alyana Joyce Nicolas Martinez dari Filipina, 3.60m.

Sumber: Astro Arena

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×