Nama pelawak Jep Sepahtu menjadi bualan ramai di media sosial apabila pandai menjaga batas hubungan ketika bekerja bersama wanita bukan mahram.
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Dapat Jam Mewah Sempena ‘Anniversary’, Netizen Semak Harga Anggar Bernilai Ratusan Ribu? – ‘Rezeki Dapat Suami Baik’
Suami mithali
@anakpokyi Suami Mithali. ?. #fyp #foryoupage #jeptapan #jepsepahtu #sepahtureunion #lawak #xyzbca ? Buah Hati – Armada
Menerusi sebuah video di TikTok @anakpokyi, memaparkan beberapa sedutan episod Jep bersama pelakon wanita dalam program Sepahtu Reunion Live.
Dalam rakaman itu, Jep sentiasa mengelak daripada bersentuhan dengan tetamu jemputan yang hadir antaranya adalah Azira Shafinaz, Datin Elvina Mohamad, Nasha Aziz dan Elizabeth Tan.
Jaga perasaan isteri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan sikap positif yang ditunjukkan penyampai radio berumur 37 tahun itu.
Kata mereka, perbuatan itu wajar dijadikan contoh kerana Jep sentiasa menjaga nama baiknya demi isteri, Sari Yanti dan juga anak-anak.
Malah, ada pengikut yang yang menyifatkan tindakan pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin itu lebih kepada sayang isteri bukannya takut.
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: TikTok @anakpokyi