Tanggal 25 Februari ini genap lima tahun usia perkahwinan pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu bersama aktres Sari Yanti.
Hadiah anniversary
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG), Sari Yanti mendedahkan dia menerima hadiah ulang tahun perkahwinan awal dari tarikh sepatutnya.
Sangat bertuah memiliki Jep, pemilik nama Sari Yanti Datuk Mohamad Nazari menerima seutas jam tangan mewah dari jenama Franck Muller.
Dalam kapsyen yang ringkas, pelakon berumur 37 tahun ini bersyukur dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat.
Pandai pilih jam
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula menyemak harga jam tangan berwarna merah itu. Hasil siasatan, setelah ditukarkan ke mata wang ringgit, harga jam tersebut dipercayai mencecah ratusan ribu. Wow!
Di samping itu, ada pengikut menyifatkan pelakon drama Cik Serba Tahu sangat bertuah apabila dikurniakan suami yang bersikap pemurah.
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: Instagram @sariyanti