Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didera oleh bekas majikannya pada 10 tahun lalu akhirnya berjaya memperoleh wang pampasan berjumlah lebih HK$868,607 (RM476,574).
Artikel Berkaitan: Kesian Mak Sendiri & Ibu Mentua Kena Bergilir Jaga Anak, Puteri Sarah Dah Jumpa Maid Sementara
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Bibik Rajin Kerja & Tak Lagging Bila Telefon Kampung’ – Majikan Buat ‘Surprise’ Bagi Telefon Bimbit Baharu, Netizen Pula Yang Sebak
Didera majikan di Hong kong
Menurut laporan Buletin TV3, mahkamah memutuskan mangsa yang dikenali Kartika Puspitasari, 40, telah diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan dan perlu diberikan pampasan.
Difahamkan, pada tahun 2013 lalu, selepas perbicaraan, majikannya didapati bersalah dan telah dipenjarakan kerana mendera. Berdasarkan fakta kes, mangsa telah dipukul dengan rantai basikal dan dibakar menggunakan seterika hingga menyebabkan trauma dan parut kekal.
Alhamdulillah, perasaan tentunya bahagia kerana sudah selesai semua. Hanya perlu menunggu majikan saya itu kerana yang baru dikeluarkan hanya wang ansuran sahaja.
Dalam pada itu, mangsa telah mendapat perlindungan daripada konsul selepas berita mengenai penderitaannya terbongkar dan kemudian berjaya pulang ke Indonesia pada 2014 tanpa memperoleh sebarang gaji.
Mangsa berdepan penderaan terbabit selama hampir dua tahun sehingga disahkan menghidap gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Bagaimanapun, mangsa memberitahu sudah memaafkan bekas majikannya itu namun berharap perkara ini dapat menjadi pengajaran seterusnya merubah sikap tertuduh.
Sumber: Buletin TV3