Sebelum ini, Puteri Sarah menepis dakwaan dia mempunyai dua ‘orang kanan’ selepas kejadian lari dari rumah. Tambah Sarah, dia berasa kasihan melihat anak-anak kerana tidak ada ‘maid’ yang boleh menjaga mereka sepanjang dia keluar menjalani penggambaran.
Artikel berkaitan: Syamsul Cakap Sedia Dua Pembantu Rumah, Puteri Sarah Balas Dah Lama Lari
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Minta Duit Kenapa Tak Minta Nak Berbincang’ – Syamsul Dedah Kenapa Block Puteri Sarah, Mohon Tutup Aib Rumah Tangga
Susulan daripada itu, Sarah memohon bantuan sekiranya ada individu yang boleh membantunya mencari pengganti ‘maid’.
Terima kasih Malaysia
Terbaru, Sarah berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantunya dalam misi mencari ‘maid’. Ujar Sarah, dia sudah menerima beberapa nombor telefon agensi pembantu rumah.
Memang tak ada siapa nak tengok anak sekarang. I pula shooting. Kesian dekat mak i yang kena jaga my kids. Adakalanya, bergilir dengan mak mentua i tolong jagakan. Kesian pula dua orang tua nak kena tengok anak i. Rasa bersalah. Memang susah nak dapat maid baru sekarang.
Jelas Sarah lagi, dia sudah dapat pembantu rumah sementara untuk menjaga anak-anaknya tatkala ketiadaannya di rumah.
Sumber: Puteri Sarah Liyana