berita

Diringi 54 Pemuzik Orkestra Dari Malaysia, Konsert Dewa 19 Pukau 7,000 Penonton

September 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Konsert Dewa 19

Kumpulan band terkenal Indonesia, Dewa 19 berjaya memukau 7,000 penonton yang hadir pada konsert Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: ‘Orkestra Di Malaysia Lebih Bagus Daripada Indonesia’ – Ahmad Dhani

Gabungan tiga vokalis

Konsert Dewa 19

Memilih Kuala Lumpur sebagai kota kelima bagi konsert mereka, band yang diketuai Ahmad Dhani itu menyampaikan 34 buah lagu popular mereka dengan diiringi 54 orang pemuzik orkestra dari Malaysia yang diketuai oleh maestro muzik Indonesia, Guntur Nur Puspito.

Berlangsung selama tiga jam, band yang mula ditubuhkan dari tahun 1986 itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tiga vokalis mereka iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe.

Antara lagu yang didendangkan ialah Arjuna, Roman Picisan, Sedang Ingin Bercinta, Pupus dan banyak lagi.

Konsert Dewa 19

Bukan itu sahaja, kumpulan asal Surabaya itu juga berkolaborasi dengan tiga penyanyi hebat negara iaitu Amir Masdi, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Persembahan mereka juga dilihat begitu menghiburkan terutama sekali Amir Masdi yang mendendangkan lagu ‘Bohemian Rhapsody’ bersama-sama dengan Marcello.

Tyo Nugros jadi tumpuan

Konsert Dewa 19

Sementara itu, pemain drum, Tyo Nugros dilihat membuat penonton wanita tidak keruan setiap kali wajah kacaknya dipaparkan di skrin layar lebar yang terletak di kiri dan kanan pentas.

Raut wajahnya yang maskulin dan kacaknya itu berjaya menarik perhatian para penonton sehingga mengenepikan penampilan ahli kumpulan yang lain.

Sekadar info, Tyo atau nama sebenarnya Setyo Nugroho pernah menjadi perhatian ketika membuat penampilan sewaktu Konsert 30 Years of Dewa 19 yang diadakan di lokasi yang sama pada September 2022 yang lalu.

SKIP THIS AD ×