berita

Dirogol Datuk Sehingga Hamil, Kanak-Kanak 11 Tahun Meninggal Dunia Dalam Pelukan Ibu

January 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun didakwa telah dirogol oleh datuk kandungnya sendirinya. Apa yang lebih meruntun hati apabila mangsa telah meninggal dunia dipercayai akibat morning sickness.

Budak 11 tahun dirogol

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Asia One, kejadian tersebut berlaku di Thailand. Ibu mangsa mengakui sudah bercerai dengan suaminya sejak 5 tahun yang lalu. Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa bahawa anak kecil itu telah menjadi mangsa rogol datuknya sendiri.

Ekoran daripada insiden itu, mangsa telah dibawa ke hospital pada Disember lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa hamil ektopik iaitu kehamilan di luar rahim. Oleh itu, doktor telah memberikan ubat tetapi sayangnya keadaan kesihatan mangsa agak membimbangkan sehingga dia telah memuntahkan makanan dan ubat yang diberikan.

Mangsa meninggal dunia

Malah, doktor juga telah memberi suntikan haemagogue kepada mangsa tetapi usaha itu langsung tidak membantu. Keadaan kesihatan mangsa semakin merosot sehingga dia mengalami muntah dan meraung kesakitan.

Namun siapa sangka, anak kecil itu akhirnya telah disahkan meninggal dunia dalam dakapan ibunya. Sementara itu, pihak polis telah pun mengumpul bahan bukti berhubung kes tersebut dan akan meminta waran tangkap dari mahkamah tempatan.

Sumber: Asia One

SKIP THIS AD ×