Seorang suami tergamak membiarkan isteri dan anak perempuannya diperkosa oleh tuan rumah sebagai balasan kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa.

Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

Suami serah isteri, anak dirogol

Memetik laporan India Today, lelaki yang berasal dari Gujerat itu menyerahkan isteri dan anaknya yang masih dibawah umur sebagai ‘ganti’ sewa rumah yang tidak dibayar.

Difahamkan, keluarga itu telah berpindah ke Morbi sekitar enam bulan yang lalu untuk mencari pekerjaan dan menyewa sebuah rumah dengan harga Rs 2,000 (RM82) sebulan. 

Bagaimanapun, keluarga tersebut mengalami masalah kewangan sehingga membuatkan mereka tidak mampu membayar sewa selama empat bulan.

Susulan itu, tuan rumah didakwa menawarkan satu perjanjian dengan menuntut layanan seksual sebagai pertukaran sewaan.

Lelaki berkenaan bersetuju dan akhirnya membenarkan tuan rumah merogol isterinya berkali-kali. Lebih teruk apabila tuan rumah turut meminta untuk melepaskan nafsu terhadap anak perempuan pasangan itu.

Perbuatan itu akhirnya terbongkar apabila bapa mentua (bapa isteri) menyedari dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Berikutan itu, kedua-dua lelaki tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: India Today