berita

Disangka Nampak Puting Payudara Ketika Persembahan, Adira Tampil Beri Penjelasan – ‘Itu Jahitan Dart Pada Baju PVC’

November 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sedar akan penampilannya yang mengenakan busana berona kelabu menjadi perhatian wargamaya ketika melakukan persembahan di minggu kelima Famili Duo 2023 (FD3), penyanyi Adira Suhaimi tampil memberikan penjelasan mengenai pakaian yang dipakainya itu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Ajak Tapi Suami Datang Nak Tengok Anak..’ – Adira Jelas Kehadiran Datuk Red Ke Famili Duo

‘Itu jahitan dart’

Ketika ditemui OhBulan!, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, apa yang dilihat oleh netizen merupakan garisan jahitan yang dikenali sebagai ‘dart’ pada pakaian tersebut yang diperbuat daripada PVC.

Tengoklah benda lain, yang kau tengok benda tu buat apa. Tapi itulah, kita pun tak sempat bagitahu yang benda ni adalah jahitan tapi nampak macam dia (puting payudara).

Tapi itulah benda pon dah post, dah viral nak buat macam mana kan? Kita tak boleh nak buat apa tapi saya nak jelaskan ini bukan seperti apa yang anda bayangkan ya.

Ini merupakan garisan jahitan ‘dart’ dari baju yang fabriknya PVC.

Adira menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui selepas tamatnya konser minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Ku Ada Kamu’ tersebut memaklumkan bahawa sama sekali tidak sedar akan bonjolan tersebut namun tetap menerima kritikan yang dilemparkan dengan hati terbuka.

Sebenarnya bila kita pakai baju ni, orang yang tahu, dia akan tahu yang kita pakai ni adalah kain fabrik PVC.

Tetapi saya anggap semua kritikan yang diberikan itu merupakan satu perkara yang baik sebabnya kalau mereka tak komen mengenai apa yang saya pakai ni pun saya tak tahu.

Jadi minggu depan, insya-Allah tak akan ada lagi dan saya akan buat korang semua (netizen) menangis pula.

Bertemakan ‘Lagenda dan Idola’ pasangan adik beradik itu memperoleh jumlah markah sebanyak ‘14’ dari kedua juri selepas membawakan lagu nyanyian asal Zaiton Sameon dan Allahyarhamah Siti Sarah yang berjudul ‘Menaruh Harapan’ dan ‘Jangan Kau Mimpi’.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×