
Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi memaklumkan kes mahkamah melibatkan pengesahan lafaz rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red masih belum selesai.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sorok Wajah Lelaki Dalam Foto, Netizen Tanya – ‘Jodoh Lebaran Ke?’
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Lali ‘Dikenen’ Dengan Hafiz Suip – ‘Itulah Kehidupan Asam Garam Artis’
Adira Suhaimi harap kes cepat selesai

Ketika ditemui OhBulan!, Adira berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang konflik.
Sebenarnya kes belum selesai. Tapi macam mana pun saya tetap kena hadap juga dan perlu selesaikan segera sebab saya pun nak ada kehidupan saya sendiri.
Jadi saya harap benda ini akan selesai dengan tenang, tidak ada pergaduhan. Saya percaya Datuk Red (bekas suami) pun akan nak selesaikan benda ini dengan tenang.
Tolong doakan saya. Saya selesa dengan keadaan saya sekarang ni. Saya harap benda ni akan selesai tanpa ada drama.
Adira berkata demikian ketika ditemui di minggu pertama Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.
Ditanya sama ada isu tersebut mengganggu emosinya, pelantun lagu Ilusi ini memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan tidak terlalu terkesan kerana mendapat sokongan kuat daripada keluarga serta rakan-rakan.
Kalau kata emosi terganggu tu, alhamdulillah saya ada ‘support system’ yang sangat kuat dari keluarga, kawan-kawan.
Saya tidak terganggu pun sebenarnya sebab saya dah pernah hadap benda yang lebih berat sebelum ni.
Jadi alhamdulillah, saya rasa benda ini cuma prosedur yang kita kena selesaikan. Itu sajalah, alhamdulillah syukur.
Menurut Adira lagi, sebutan kes seterusnya dijadualkan pada 23 April ini dan dia mengesahkan akan hadir ke mahkamah seperti yang ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, Adira Suhaimi bersama anak sulungnya, Anggrek, kini turut terlibat dalam rancangan Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).
Sementara itu, Adira tidak menghalang sekiranya bekas suaminya hadir ke program tersebut bagi memberi sokongan kepada Anggrek yang bertanding.
Alhamdulillah dia (Datuk Red) pun setuju penyertaan Anggrek. Saya tidak akan membelakangkan dia.
Saya tiada masalah dan terbuka sebab macam mana pun, Anggrek tetap anak dia. Dia tetap kena datanglah untuk sokong Anggrek, tiada sebarang halangan.








