berita

Disangka Perut Kembung Kerana Semakin Gemuk Rupa-Rupanya… – Kisah Derita Gadis Ini Kehilangan Sebelah Ovari

February 10th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kadang-kadang kita tidak menyedari penyakit yang telah lama wujud dalam sistem tubuh badan. Sehinggalah kita sering berasa sakit dan janggal sehingga tahap yang tidak boleh ditahan lagi. Malah, setiap penyakit berpotensi wujud adalah disebabkan oleh faktor keturunan.

Thread gadis di laman Twitter membuatkan ramai netizen bersimpati dengan Kanser Ovari Stage 3 yang dihidapinya. Pada mulanya, perut kembung hanya disangkakan semakin gemuk tapi rupa-rupanya menghidap penyakit.

Masuk angin agaknya

Walaupun menyedari perut semakin kembung dan keras selepas makan. Gadis ini tidak mempedulikan dan hanya dinasihati ibu minum air eno halia untuk menyurutkan angin dalam badan. Dia mula menyedari perutnya semakin keras bagaikan sesuatu yang ada dalam isi perut. Tapi masih tidak dihiraukan lagi sehingga lah pulang ke kampung semasa cuti semester.

Tak pernah terfikir pause study

Ibu dan ayah terus bawa berjumpa doktor di hospital. Setelah menjalani pemeriksaan scan didapati dia perlu menjalani pembedahan segera kerana menghidap Kanser Ovari Dysgerminoma stage 3.

Ketumbuhan tersebut membesar kira-kira 20 cm. Tumor ini perlu dibuang segera untuk menghalang ianya semakin merebak seluruh badan. Habis operation, dia perlu mengikuti kimoterapi sebanyak 6 kali. Dia terpaksa membuat keputusan untuk extend semester akhir di salah sebuah universiti tempatan.

Seramnya, perut di stapler

Terpaksa acah kuat

Banyak perubahan fizikal telah berlaku seperti badan kelihatan makin kurus, bulu kening mulai nipis dan rambut gugur. Terasa sudah putus asa dengan hidup sehingga tidak sanggup untuk melihat perubahan dirinya di depan cermin. Tetapi dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.

Malah, dia menasihatkan netizen untuk mengelakkan dari mengambil sebarang kolagen atau junkfood. Terutamanya buat individu yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap sebarang kanser. Sebelum ini gadis tersebut pernah mengambil kolagen rumpai laut dan mungkin itu adalah punca kanser mulai membesar.

Credit: Twitter Atirahhhruslan

SKIP THIS AD ×