berita

Disapa Seorang Wanita & Sempat Bersembang, Caliph Buskers Terkejut Rupanya Raja Permaisuri Agong

May 14th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kumpulan Caliph Buskers semakin mendapat permintaan dan sering diundang ke beberapa jemputan persembahan di stesen TV dan majlis-majlis tertentu. Malah, mereka telah membuktikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mampu berjaya dan bertahan dalam industri hiburan tanah air.

Terbaru, kumpulan ini telah dijemput ke sebuah majlis berbuka puasa dan dalam majlis berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Tunku Azizah. Memang terharu apabila mereka dapat tahu.

Dari berborak kita menyanyi

Difahamkan kejadian yang tidak disangkakan ini berlaku semasa Caliph Buskers berada di belakang pentas untuk melakukan soundcheck sebelum persembahan. Malah, mereka turut disapa suara perempuan dan berborak lama. Agak terkejut dan terharu apabila mendapat tahu yang mereka tengah berborak dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.

Membuat permintaan lagu

Difahamkan Tunku Azizah telah membuat permintaan lagu Roman Cinta dan Hanya Namamu. Baginda juga kelihatan duduk santai di kerusi dan mendengarkan nyanyian kumpulan itu. Raja Permaisuri Agong turut mencemar duli mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dan sepastinya membuatkan ramai terkesima dengan suara lunak Baginda.

Akan diingatkan

Umum mengetahui Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah seorang yang memahami rakyat dan suka mendekatkan diri dengan rakyat. Sudah tentu momen indah sebegini sentiasa akan terpahat dalam memori dan hati setiap ahli kumpulan Caliph Buskers. Terbaiklah!

Sumber: Caliph Buskers