berita

Diserang Gara-Gara Foto Mesra Bersama Abang Menteri Tersebar, Ini Respon Emma Maembong

January 28th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Viral di media sosial foto mirip pelakon popular, Emma Maembong bersama lelaki yang dipercayai abang kepada seorang menteri Kabinet. Dua foto diterima Kosmo Online itu memaparkan imej pelakon itu tidak bertudung dan kelihatan sangat mesra bersama pasangannya.

Walaubagaimanapun, Emma menafikan foto di dalam bilik itu merupakan miliknya. Ini respon Emma Maembong.

Ada hubungan cinta?

Menurut Kosmo, foto itu dirakamkan kira-kira seminggu yang lalu. Mereka kini dilihat mempunyai hubungan mesra sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, pelakon itu ada memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi.

Emma juga kelihatan dalam majlis sambutan hari lahir Syed Abdullah yang disambut bersama keluarga baru-baru ini.

Diserang netizen

Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan ,keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai. Maaf kan sy. Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry. Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt. But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan sy..

Foto itu menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga Instagram pelakon itu diserang dengan kritikan teruk. Ramai menganggap tindakan Emma itu tidak bermaruah dan memalukan agama.

Namun, pelakon itu mengaku foto tidak berhijab di kedai makan itu merupakan miliknya namun menafikan sekeras-kerasnya foto berduaan di dalam bilik.

Iman on off ke?

Respon Emma

  

Sumber : Emma Maembong