Sempena meraikan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, Watsons Malaysia telah mengambil peluang ini untuk menggalakkan orang ramai agar menjadi lebih prihatin melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’.
Bagi memupuk kesedaran dan mengingatkan rakyat Malaysia agar turut mengingati golongan-golongan yang memerlukan, Watsons bekerjasama dengan 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan mendermakan pelbagai barangan jenama Watsons bernilai RM100,000 untuk membawakan keceriaan dan kegembiraan menjelang Hari Raya.
Bawa keceriaan menjelang Syawal
Menurut Pengarah Urusan Wastons Malaysia, Caryn Loh, disamping memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan, Watsons turut tampil dengan pelbagai promosi istimewa untuk pelanggan setia mereka.
Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga kepada masyarakat. Bagi Aidil Fitri kali ini, misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
Oleh itu, melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’, kami berharap dapat menyebarkan keceriaan Hari Raya kepada para pelanggan kami dengan pelbagai promosi istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka membeli-belah di Watsons.
Diskaun sehingga 50%
Antara tawaran ‘istimewa’ Hari Raya yang bakal dinikmati oleh pelanggan setia Watsons ialah promosi jualan Hari Raya sehingga 50% dari sekarang hingga 12 Jun di cawangan – cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian www.watsons.com.my.
Bukan itu sahaja, 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.
Menerusi peraduan “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi”, ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest.