berita

Disoal Bila Nak Buang Tatu Di Badan, Ini Respons Tom – ‘Nak Sponsor Ke Mak Cik?’

March 26th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi Tom berkongsi sebuah video yang memaparkan suaminya, Fuad Rahman sedang menyanyikan sebuah lagu rap.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Hanyut’ – Fuad Rahman & Tom

Artikel Berkaitan: Fuad Rahman & Tom Sah Bergelar Suami Isteri, Pilih Nikah Di Batam Indonesia

Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Nikah Di Mana, Yang Penting Kami Dah Jadi Suami Isteri’ – Tom

Menerusi video berdurasi kurang 0:40 saat itu, muncul satu komen yang kurang senang apabila seorang individu mempersoalkan tentang tatu yang kelihatan di tubuh badan pasangan tersebut.

Bila nak clearkan?

Badan bercop-cop tu bila nak clearkan?

Berikutan komen tersebut, Tom dilihat tampil bersuara dan membalas komen tersebut secara sinis dengan bertanyakan adakah individu itu mahu menaja mereka untuk menjalani proses membuang tatu.

Nak sponsor nak clearkan ke mak cik?

Bukan itu sahaja, Tom turut menyatakan bahawa akaun yang sama sering meninggalkan komen berbentuk kecaman pada semua video mereka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui bahawa mereka lebih gemar melihat penampilan Tom dan Fuad pada masa sekarang memandangkan kedua-duanya sudah menukar warna rambut. Di samping itu, netizen turut berdoa agar Tom menutup aurat.

Video

@rajakingtom

#fuadrahmantom #tomfuadrahman #fuadRahman #gegarvaganza9

? original sound – Tom – Tom

Sumber: Tom

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×