Pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom sudah berkahwin di Batam, Indonesia, hari ini (Ahad).
Artikel Berkaitan: Fuad Rahman Bakal Nikahi Tom Sebelum Ramadan Tiba
Percepatkan nikah
Menurut pengurus Tom iaitu Alan menyatakan tarikh yang dirancang adalah 5 Mac depan namun telah dipercepatkan. Kata Alan, pasangan itu mempunyai alasan tersendiri memilih untuk bernikah di luar Malaysia.
Ya betul. Kalau ikutkan meraka bernikah pada 5 Mac depan tapi dipercepatkan. Tapi mereka bernikah bukan di sini tapi di Batam. Kalau nikah di sini banyak benda kena selesaikan. Ia membabitkan bekas isteri Fuad.
Tidak hanya Fuad tapi Tom ada perkara yang tak diselesaikan dengan bekas suaminya dulu, jadi sebab itu mereka nikah di Batam. Mereka akan daftar perkahwinan apabila pulang ke sini nanti.
Kenduri lepas raya
Sementara itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata mereka menghalalkan hubungan dulu. Katanya, majlisn persandingan akan diadakan selepas Hari Raya nanti.
Berdebar. Nikah hanya ada keluarga dulu. Nanti lepas raya sanding saya jemput. Semoga urusan kami dipermudahkan hari ini.
Terbaru, Tom telah memuat naik foto dia memakai inai di jari dan memegang cincin menerusi laman Instagram (IG).
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9).