berita

Disoal Siasat Hampir 4 Jam, Vida Dipanggil SKMM Berhubung Muzik Video Raya

May 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Usahawan, Datuk Seri Vida atau DSV dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung muzik video Muah Muah Raya.

4 jam diambil keterangan

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Vida atau nama sebenar Hazmiza Othman dipanggil untuk hadir ke SKMM bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

Saya tak tahu la nak cakap macam mana untuk lagu raya saya Muah Muah Raya’ Saya tak promote sangat laa setelah saya tengok Datuk Aliff dipanggil ke MCMC sebelum ini. Saya dah buat benda (MV Raya) ni sebelum Datuk Aliff lagi. Kena panggil MCMC, maka saya kena pergi la ke MCMC untuk diambil keterangan terhadap lagu Muah Muah Raya.

Tambah Vida, dia terpaksa hadir ke SKMM walaupun keadaan dirinya tidak begitu sihat.

Saya pun memang tak sihat, sakit kepala. Saya turuti untuk pergi ke MCMC. Sebab lagu Muah Muah Raya telah di report.

Sekadar hiburan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Setelah hampir 4 jam disoal dengan pelbagai soalan, saya hanya buat sebagai hiburan sahaja. Tak ada maksud apa-apapun. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jangan. Takkan tak boleh fikir. Saya perlukan penari dan penari tu macam tu saya nak buat macam mana.

Sebelum ini, muzik video Muah Muah Raya mendapat kecaman ramai kerana menampilkan unsur ‘drag queen’ yang dilihat tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilftri.

Sumber: DSV

SKIP THIS AD ×