Tiga warga India ditahan polis berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam tasik belakang sebuah masjid di Cyberjaya, kelmarin. Difahamkan, motif kejadian tersebut berlaku disebabkan berebut wanita.
Artikel Berkaitan: Kejam! Wanita Cuba Bunuh ‘Kembar’ Guna Kek Keju Semata Nak Curi Identiti
Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Pemandu E-Hailing, 6 Individu Termasuk Anggota Polis Didakwa
Suspek bunuh ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, tiga lelaki berbangsa India itu berusia lingkungan 23 hingga 52 tahun. Mereka yang bekerja di pusat cuci kereta telah ditahan di lokasi berasingan, semalam.
Berdasarkan laporan Berita Harian, dua suspek pertama, yang berusia 23 dan 41 tahun terbabit ditahan pada jam 8 malam tadi di Kampung Sri Aman.
Suspek ketiga berusia 52 tahun pula ditahan jam 2.30 pagi tadi di Taman Puchong Prima. Polis turut merampas sehelai seluar warna hijau dan baju lengan panjang yang mempunyai kesan darah.
Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sepang dan Unit Forensik Bukit Aman berjaya mengesan sebilah parang yang dipercayai senjata digunakan suspek. Parang berhulu hitam berkenaan telah dijumpai di kandang lembu bawah jambatan lebuh raya lingkaran Putrajaya-Cyberjaya, sekitar jam 12.05 tengah malam kelmarin.
Hasil soal siasat awal, lelaki berusia 23 tahun mengaku membunuh si mati, namun suspek kedua berusia 41 tahun tidak mengaku terlibat dalam kes itu. Suspek pertama dan ketiga tinggal di rumah sama, manakala suspek kedua tinggal serumah dengan mangsa.
Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
Sumber: Berita Harian