berita

Tak Puas Hati Sebar Gambar Bogel Jadi Motif Lelaki Dibunuh & Ditanam Belakang Rumah 

January 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

bunuh tanam

Foto: Harian Metro

Gara-gara tidak berpuas hati gambar bogel disebar telah menjadi punca pembunuhan seorang lelaki dan mayatnya ditanam di belakang sebuah kediaman.

Artikel Berkaitan: Remaja Bawah Umur Jual Ratusan Gambar, Video Lucah ‘Gay’ Serendah RM3

Artikel Berkaitan: Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian

Lapan suspek ditahan

mayat 2323

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 23 Disember lalu menyaksikan mayat lelaki tersebut telah ditanam di belakang sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mendedahkan punca lelaki berkenaan dibunuh selepas memperoleh hasil soal siasat daripada suspek.

Motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa yang berusia 19 tahun.

Pada 24 Disember lalu pihak polis menahan reman selama 13 hari lapan suspek termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan telah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek.

Dua dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.

Lima suspek lagi dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu kesalahan bunuh.

Susulan itu, kesemua suspek dituduh di Mahkamah Selayang hari ini. Seorang suspek telah dituduh dengan dua kesalahan dan dua suspek lain dibebaskan serta dijadikan saksi pendakwaan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×