berita

Disyaki Dera Isteri Hingga Mati, Lelaki Serah Diri

September 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki yang disyaki mendera isterinya hingga mati dalam satu kejadian di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 September lalu telah tampil ke balai polis untuk menyerah diri.

Suspek serah diri

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa, lelaki berusia 35 tahun itu kemudian ditahan pada 3 September dan direman selama tujuh hari bermula 4 September hingga Khamis ini.

Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Selangor untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang wanita berusia 38 tahun dilapor tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia. Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×