Baru-baru, tindakan anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menunjukkan isyarat lucah di laman video TikTok mengundang kecaman. Dia juga turut didakwa bermain aplikasi itu setiap masa termasuklah di dalam kelas juga.
Artikel berkaitan: ‘Jadi Perempuan Tu Sopan Sikit’ – Tunjuk Isyarat Lucah, Anak Azhar Sulaiman ‘Ditegur’ Netizen
Bagaimanapun, dia sempat respon terhadap kecaman-kecaman tersebut sebelum menutup akaun Twitter.
Hanya main pada waktu lapang
Leona mengakui dia hanya bermain aplikasi itu jika mempunyai masa terluang sahaja termasuk sebelum atau selepas sesi pembelajaran. Malah, dia juga tidak akan sama sekali membuatkan guru dan rakan sekelas tidak selesa dengan tindakannya. Bukan itu sahaja, rakan sekelas dan guru juga pernah sertai bermain TikTok.
Hargai komen positif
Anak kepada Azhar Sulaiman juga terharu apabila menerima kata-kata sokongan daripada pengikutnya, setelah terima pelbagai kecaman berbentuk teguran terhadap dirinya. Dia mengakui agak letih apabila sering menerima notifikasi berbaur negatif di laman media sosial.
Bagaimana dengan dosa anda?
Dia juga tempelak netizen yang dilihat mudah menjatuhkan hukum kepada perbuatannya itu.
Sebelum ini, Leona dilihat telah memuat naik satu foto menunjukkan isyarat tangan lucah menyebabkan dia menerima kecaman daripada pengguna Twitter yang lain. Rata-rata menganggap tindakannya itu kurang beradab dan sangat memalukan.
Sumber: Leona