berita

Ditegur Selebriti Tempatan Sebab Nak Bawa BTS Ke Malaysia, Ini Respon Syed Saddiq

April 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini kecoh apabila Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq mengumumkan bahawa Kumpulan K-Pop BTS dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia. Terdapat segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan jemputan kumpulan itu kerana seolah-olah tidak memperkenalkan artis kelahiran tanah air.

Menerusi Twitter Syed Saddiq, dia berkongsi jawapan mengapa dia memilih untuk menjemput artis-artis antarabangsa untuk membuat persembahan di Malaysia.

Tak serik ke asyik tewas dengan Singapura

Beliau menerangkan bahawa dengan menjemput artis popular dari luar negara dapat menjana ekonomi negara terutama dari sektor perlancongan kerana peminat di negara jiran turut akan sama-sama hadir untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka.

Sebagai contoh apabila kumpulan BTS dan Coldplay membuat persembahan di Singapura, tiket jualan habis dijual dalam masa empat jam. Ramai peminat dari seluruh negara datang ke Singapura semata-mata untuk menyaksikan konsert tersebut.

Memberi manfaat kepada semua yang terlibat

Beliau turut memberi contoh Stadium Wembley di England yang sering disewakan untuk mengadakan konsert besar-besaran yang mampu mendatangkan keuntungan selain dari hanya tertumpu dalam aktviti sukan.

Sebelum ini apabila artis antarabangsa Ed Sheran membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, peminat membanjiri stadium tersebut. Hal ini memberi keuntungan kepada pihak stadium dan peniaga-peniaga kecil. Bukan bermaksud tidak menghargai artis tempatan, tetapi Malaysia perlu bergerak terus ke hadapan dan berfikiran luar kotak!

Peningkatan ekonomi selepas konsert artis luar

Hasil kajian beliau mendapati impak terhadap membuat konsert artis luar di negara mampu menjana peningkatan terhadap ekonomi sesebuah negara.

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×