berita

Ditembak Mati Ketika Joging, Justin Bieber Turut Sokong Tuntut Keadilan Buat Ahmaud Arbery

May 7th, 2020 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki berkulit hitam yang dikenali dengan nama Ahmaud Arbery disahkan meninggal dunia selepas diserang dan ditembak oleh bekas anggota polis, Gregory McMichael dan anaknya, Travis.

Ditembak mati

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Guardian, ketika kejadian yang berlaku pada 23 Februari yang lalu, mangsa sedang melakukan senaman joging di kawasan perumahannya yang terletak di Brunswick, Georgia.

Video berdurasi 0:28 saat yang sempat dirakam seorang individu memaparkan sebuah trak putih sedang berhenti di tepi jalan yang dilalui oleh Arbery. Sebaik sahaja sebelum melepasi trak tersebut, Arbery telah diserang dan ditahan oleh kedua-dua suspek sebelum ditembak mati. Video tersebut telah viral di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan dan perdebatan dalam kalangan penduduk di Amerika Syarikat terutamanya orang berkulit hitam.

Rakan selebriti tuntut keadilan

https://www.instagram.com/p/B_3Uj0MHt7U/?igshid=5ujpk0xy00i8

https://www.instagram.com/p/B_3M3wugy38/?utm_source=ig_embed

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang berusia 64 dan 34 tahun itu tidak dikenakan sebarang tindakan dan hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Hal ini telah menyebabkan orang ramai menyuarakan pendapat dan menuntut keadilan terhadap kematian Arbery. Selain itu, penyanyi terkenal Justin Bieber dan atlet bola keranjang iaitu LeBron James meluahkan rasa sedih dan turut menyokong menuntut keadilan buat mangsa.

Sumber: The Guardian, Merit Law, Justin Bieber, LeBron James

SKIP THIS AD ×