Sebelum ini, viral beberapa video di media sosial memaparkan empat orang lelaki dipercayai pengamal perubatan tradisional sedang merawat seorang remaja perempuan yang mengalami penyakit ‘misteri’.
Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Dituduh Anak Sakit Sebab Kifarah, Tak Tahu Langsung ‘Ustaz’ Print Gambar Cucuk Jarum
Artikel Berkaitan: Wanita Difitnah Sihir Anak Saudara Tampil Cerita Perkara Sebenar, Sebak Ahli Keluarga Sendiri Sanggup…
Terbaru, ibu remaja terbabit yang dikenali dengan Rozita Ramli bertindak mengemukakan saman malu masing-masing sebanyak RM1 juta terhadap empat individu yang telah menuduhnya melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam.
Kemuka tuntutan RM1 Juta
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, wanita yang berusia 43 tahun itu akan mengemukakan saman terhadap empat individu antaranya ialah Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis. Difahamkan, tuduhan yang dilemparkannya itu dilakukan sejak awal bulan menerusi live di Facebook dan Youtube milik beberapa individu terbabit.
Dakwa Rozita lagi, tuduhan tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya dan keluarga menjadi semakin tertekan dek kecaman orang ramai. Tidak terhenti di situ, ada pihak tergamak membuat laporan polis dengan menuduh Rozita menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anaknya.
Saya juga dituduh menyihir adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu sihir itu berbalik kepada keluarga sendiri yang menyebabkan hubungan kami semua menjadi renggang.
Saya mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama jika perkara itu masih berterusan.
Tambah Rozita, dia mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan selain mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya.
Sumber: Sinar Harian