berita

Wanita Kecewa Dituduh Anak Sakit Sebab Kifarah, Tak Tahu Langsung ‘Ustaz’ Print Gambar Cucuk Jarum

August 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai kisah dua orang remaja yang juga merupakan adik-beradik jatuh sakit dipercayai terkena buatan sihir. Namun apa yang mengejutkan ramai apabila ada pengamal perubatan mendakwa sihir tersebut dihantar dari kalangan ahli keluarganya sendiri. Dakwaan itu bagaimanapun telah dinafikan.

Artikel Berkaitan: Wanita Difitnah Sihir Anak Saudara Tampil Cerita Perkara Sebenar, Sebak Ahli Keluarga Sendiri Sanggup…

Rohayu nafi hantar sihir

Menerusi sesi live Royahu Ramli di Facebook semalam, dia menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada dua anak saudaraya itu. Jelas Rohayu, sebarang dakwaan yang melibatkan dirinya dan suami adalah fitnah semata-mata.

Dia bagaimanapun telah membuat laporan bagi membersihkan nama mereka daripada terpalit daripada kontroversi ini.

Penjelasan Kak Gee

Terbaru, Kak Gee, ibu kepada dua orang remaja yang dipercayai disihir itu tampil menjawab segala persoalan tentang perkara ini. Jelas wanita itu, dia sama sekali tidak tahu perawat yang hadir ke rumahnya itu mencetak gambar ahli keluarga sebagai satu kaedah rawatan.

Kak Gee sendiri tak tahu ustaz tu print gambar, dia minta Kak Gee gambar hanya nak tengok katanya tetapi sebaliknya lain jadi, Kak Gee sangat kecewa dengan tuduhan ni dan dalam masa yang sama dia nak bawa anak Kak Gee ke Perlis untuk rawatan katanya. Sebelum tuu die dah bawa ke homestay dia untuk rawatan Kak Gee pon benarkan tanpa berfikir panjang, tetapi benda ni terbalik pada Kak Gee dengan tuduhan Kak Gee menyihir.

Apabila anak Kak Gee kene rasuk ustaz tanye siapa tuanya jadi dia sebut nama sekian-sekian, lepas itu ustaz minta nak tengok gambar orang yang disebut anak Kak Gee ketika kene rasuk, apabila Kak Gee tanya die nak buat apa dia kata ni bukan urusan Kak Gee, jadi Kak Gee memang tak pernah tahu tentang gambar-gambar tu.

Minta orang ramai henti kecam

Menurut Kak Gee, dia hanya menyedari kaedah ‘cucuk jarum’ yang digunakan oleh perawat itu selepas salah seorang anaknya menunjukkan satu video yang memaparkan gambar-gambar ahli keluarganya yang telah dicetak. Kak Gee mengakui sangat terkejut dengan tindakan perawat berkenaan. Jelasnya lagi, dia pernah memberitahu ustaz berkenaan bahawa cara rawatannya secara tidak langsung akan membuatkan ramai orang menyalah anggap dengan perbuatan syirik. Namun, ustaz tersebut meminta supaya Kak Gee tidak mempersoalkan cara rawatannya.

Kak Gee hanya terima siapa yang datang nak merawat anak Kak Gee. Kak Gee tak siasat siapa dia. Cuma dia (perawat) ada kata dekat Kak Gee, dia dapat ilmu di Mekah. Dia boleh nampak semua. Dia tanya nama orang yang anak Kak Gee sebut masa rasuk, jadi Kak Gee cakaplah yang orang tu pernah berbalah dengan Kak Gee. Dia minta nak tengok, Kak Gee hantar guna WhatsApp. Gila ke aku nak buat?

Dalam kesempatan itu, Kak Gee berharap agar orang ramai yang tidak tahu perkara sebenar supaya tidak menuding jari menyalahkan dirinya namun kurang senang dengan tindakan beberapa pihak yang menuduh dia punca semua ini berlaku.

Mereka buka aib saya dalam live, cakap saya kena kifarah. Tak payah cakap saya kena kifarah, hanya Allah boleh tentukan. Tak perlu jatuhkan hukuman dosa pahala orang lain dalam live. Saya tak rela orang buat live semata-mata nak view (tontonan).

Dia juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat di dalam konflik ini dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber: Gee Geesnowwhite

SKIP THIS AD ×