berita

Dituduh Gunakan Media Sosial Buka Aib Bekas Suami, Lufya Omar Jawab Teguran Netizen

October 21st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, rumah tangga antara pelakon Lufya Omar dengan Dr. Che Muhammad Hafiz telah menemui jalan perpisahan apabila bekas suaminya itu menjatuhkan talak menerusi aplikasi Whatsapp. Terbaru, Lufya meluahkan rasa terkilan dan kesal apabila bekas suami gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Netizen turut menegur tindakan Lufya menggunakan media sosial didakwa membuka aib bekas suami. Bagaimanapun, teguran tersebut dibidas panjang oleh Lufya yang menyifatkan netizen tidak perlu bersuara sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar.

Lebih baik berdiam diri

Netizen meninggalkan teguran yang menyifatkan Lufya menggunakan medium media sosial untuk membuka aib bekas suaminya itu. Lufya turut dinasihatkan untuk mengikuti contoh artis lain seperti Diana Danielle dan Erra Fazira apabila berdepan dengan masalah ataupun diasak soalan oleh wartawan.

Tambahnya lagi, Lufya turut dinasihatkan untuk berdiamkan diri memberi respon terhadap isu dan masalah rumah tangganya itu.

Jangan menyusahkan wanita

Bagaimanapun, Lufya bidas semula teguran yang dilemparkan netizen itu dan menganggap teguran itu hanya membabi buta tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pelakon wanita ini turut berkongsi kekesalannya yang sanggup hadirkan diri di mahkamah di Kuala Lumpur semata-mata hanya untuk menyelesaikan kes cerai bersama bekas suami. Dia sanggup berhabiskan duit dan tinggalkan anak bersama emak di kampung dekat Johor Bahru untuk ke KL.

Berhenti jadi budak-budak dan jadi lelaki lah!

Tambahnya lagi, waran tangkap sudah dikeluarkan dan diperintahkan oleh hakim. Lufya turut menegaskan kepada bekas suami agar masalah ini dipercepatkan segera bukan hanya terus mengelak atau melambatkan proses penceraian. Sementara itu, menerusi laporan mStar, Lufya turut meninggalkan pesanan buat Dr Che Muhammad Hafiz.

Tutuplah aib sendiri. Cepat selesaikan masalah, bukan lari!. Siapa yang drama? Saya dah penatlah layan drama. Siapa yang nak perhatian ini sebenarnya? Nak terkenal semata-mata ke? Berhenti jadi budak-budak dan jadi lelaki lah!

Saya penat. Saya ada anak yang lebih memerlukan saya dari nak melayan drama dia.

Sumber: Lufya Omar, mStar

SKIP THIS AD ×