berita

Dituduh ‘Kedekut’ Lepas Belanja Lebih 1 Juta Euro, Kerabat Itali Saman Teman Wanita

January 12th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Foto: Daily Mail UK

Selepas memberi teman wanita pelbagai hadiah mewah, dan wang tunia bernilai sehingga 1 juta Euro, seorang putera Itali, Putera Giacomo Bonanno di Linguaglossa terkejut digelar kedekut.

Tuntut separuh aset Giacomo

Foto: The Telegraph

Putera Giacomo Bonanno di Linguaglossa, 51 tahun dipanggil dengan gelaran kedekut oleh teman wanitanya, Tanya Yashenko, 35 tahun yang menuntut separuh daripada aset putera itu.

Menurut laporan Times, Giacomo telah menghadiahkan Tanya sebuah Mercedes bernilai 83,000 Euro (RM394,837.23), perkongsian saham di Rome sebanyak 58,000 Euro (RM 252,160.47), dan 18,000 Euro (RM 85,644.68) untuk membantu wanita muda itu menyewa sebuah pangsapuri di tengah-tengah bandar Rome.

Menurut satu perbualan mesej text pasangan tersebut yang dikongsikan kepada media Itali, Tanya telah mengkritik Giacomo kerana tidak bersifat pemurah.

Kalau awak betul-betul nak, awak akan memindahkan separuh pelaburan awak di Itali kepada saya, tapi awak kedekut.

Awak kata nak belikan rumah bila ada duit, tapi sekarang awak dah ada duit, tapi awak tak buat pun.

Saman dibalas saman

Foto: Daily Mail UK

Giocamo kini mengfailkan tuntutan mahkamah terhadap Tanya dan mendakwa wanita itu telah ‘memerah’ hartanya bernilai ratusan ribu Euro.

Selain itu, putera itu turut mendakwa yang dirinya menghadapi trauma daripada kes cerai sebelum ini yang menyebabkan dirinya tidak mampu untuk membuat keputusan yang waras. Tanya didakwa mengambil kesempatan dalam situasi tersebut.

Terdahulu, Tanya mengemukakan saman sivil terhadap Giacomo kerana enggan meneruskan hubungan cinta mereka dan mendakwa pisau cukur yang akan menghabiskan hartanya.

Tanya sanggup berjumpa pakar psikiatri bagi mendapatkan bukti putera itu cuba mengganggu dirinya walaupun mereka tidak mempunyai ikatan rasmi.

Tanya juga mendakwa putera itu menghantar teks mesej yang menggelarnya sebagai wanita tidak jujur, palsu dan pengkhianat.

Namun, pakar beralih arah dan bersetuju putera diraja itu sebenarnya yang menjadi mangsa keadaan.

Sumber: Express UK, Daily Mail UK

SKIP THIS AD ×