Semalam, pelakon, Nur Risteena tampil menjawab segala persoalan yang timbul mengenai dakwaan dirinya dan suami, Isa Khan berbulan madu di Sabah. Menurut Risteena, dia dan suami mempunyai urusan kerja di Sabah dan mereka telah mendapatkan surat merentas negeri.
Artikel berkaitan: ‘Kami Di Sabah Ada Urusan Kerja’ – Risteena Nafi Rentas Negeri Pergi Honeymoon
Di Instagram, Risteena telah menyekat semua profil pengikutnya yang memberikan komen negatif susulan isu mereka berada di Sabah.
Lega dapat block
Lega dapat block semua individu negatif. Saya tak perlukan orang yang berfikiran negatif di Instagram saya. Bersihkan hati, korang pun akan dapat rasa bahagia tu nanti. Insyallah. Good night followers.
Menurut Risteena, dia berasa lega apabila dapat menyekat kesemua individu yang berfikiran negatif di Instagram. Tambahnya lagi, dia tidak perlu individu yang negatif dalam kehidupannya. Ujar Risteena, individu yang mempunyai hati yang bersih bakal mencapai kebahagiaan kelak.
Timbul persoalan boleh rentas negeri
Terdahulu, Isa Khan berkongsi beberapa foto ‘sweet’ bersama isteri tercinta ketika berada di Semporna, Sabah. Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri bawah bayu itu. Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac.
Meskipun pasangan tersebut sedang bergembira, timbul pula dakwaan dan persoalan bagaimana mereka boleh merentas negeri. Terbaru, Isa Khan dipercayai memuat naik beberapa video di Instagram Story yang menunjukkan mereka sedang menjalani penggambaran.
Sumber: Nur Risteena