Umum mengetahui, pelakon, Isa Khan dan Nur Risteena telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mac yang lalu. Seperti pasangan lain yang baru berkahwin, Isa dan Risteena didakwa memilih Sabah sebagai destinasi untuk berbulan madu. Wow bestnya!
Artikel berkaitan: Hanya Sekali Lafaz, Risteena Sah Bergelar Isteri Isa Khan
Artikel berkaitan: Baru Naik Pelamin, Isa Khan Idam Anak Kembar?
We made it love
Di Instagram Story, Isa Khan berkongsi beberapa foto ‘sweet’ bersama isteri tercinta ketika berada di Semporna, Sabah. Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri tersebut. Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac.
Meskipun pasangan tersebut sedang bergembira, timbul pula dakwaan dan persoalan bagaimana mereka boleh merentas negeri?
Pergi honeymoon Sabah bagi alasan apa tu?
Macam mana Risteena boleh pergi Sabah.
Bersangka baik mungkin ada urusan kerja sekali dengan honeymoon.
Di Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai alasan yang diberikan pasangan tersebut untuk merentas negeri. Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang mendakwa pasangan tersebut mempunyai urusan kerja. Oleh itu, mereka memilih untuk berbulan madu sekaligus.
Ada urusan kerja
Terbaru, Risteena memuat naik satu posting di Instagram dan menjawab segala persoalan yang telah timbul. Menurut Risteena, dia dan suami mempunyai urusan kerja di Sabah dan mereka telah mendapatkan surat merentas negeri. Tambahnya, dia tidak perlu memuat naik posting mengenai kerja di media sosial demi puaskan hati semua pihak.