berita

Dituduh Sertai Golongan Iluminati Sebab Mata Lebam, Naim Daniel Jadi Mangsa Geng Konspirasi

January 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi muda, Naim Daniel kecoh di media sosial apabila dikaikan dengan agenda Iluminati oleh sekumpulan penganut teori konspirasi.

Kisahnya bermula apabila Naim terjatuh ketika main skateboard di Shah Alam, Selangor dan mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan: Belanja Foto Tak Berbaju Di IG, Netizen Tegur Naim Daniel Jaga Aurat – ‘Ada Benda Kena Cover Bro’

Namun, kecederaan yang dialaminya telah disalah tafsir oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dan berlakunya salah faham.

Terkilan dengan dituduh

Tidak mendiamkan diri, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin menerusi laporan Kosmo, menjelaskan dia berasa sedih berikutan dikaitkan dengan pertubuhan tersebut.

Saya rasa tuduhan itu sangat keterlaluan dengan memperlakukan saya seperti tidak mempunyai iman selain boleh menyebabkan fitnah terhadap nama saya.

Mengulas lebih lanjut, Naim turut terkejut dengan mentaliti sesetengah individu sedangkan dia mengalami kecederaan berikutan terjatuh ketika bermain skateboard.

Macam mana mereka boleh memandai mengaitkan saya dengan Iluminati walhal saya hanya cedera kerana jatuh papan selaju.

Akan ambil tindakan jika berterusan

Bukan itu sahaja, penyanyi serba boleh ini turut memberikan amaran jika tuduhan tersebut berterusan, dia tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang.

Jangan kerana hidup berlandaskan konspirasi sahaja, boleh memetik nama ikut suka, saya malas nak layan isu kelakar sebegini namun jika berlanjutan saya akan ambil tindakan.

Kau ingat aku jatuh tersembam muka boleh rancang ke nak luka dekat mana?

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×