berita

Belanja Foto Tak Berbaju Di IG, Netizen Tegur Naim Daniel Jaga Aurat – ‘Ada Benda Kena Cover Bro’

December 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap aktiviti yang dikongsi oleh mana-mana selebriti menerusi platfom media sosial mereka sering kali mencuri perhatian wargamaya. Terbaru, penyanyi kacak Naim Daniel berkongsi sekeping foto yang membuatkan ramai tidak ‘keruan’. Fuh!

Artikel Berkaitan:Berjaya Panjat Bukit, Peminat Pesan Nora Danish Pilih Pakaian Yang Sesuai – ‘Risau Takut Ada Masalah Pernafasan’

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Tayang ‘Six Pack’, Peminat Wanita Akui ‘Tak Kuat Hadapi Dugaan Ini’

Jadi perhatian netizen

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik pelantun lagu Purnama ini, dia dilihat sama sekali tidak memakai baju dan berdiri di hadapan motosikalnya. Jelas kelihatan sosok badannya yang fit dan pose yang dilakukannya sama sekali tidak melihat lensa kamera.

Kapsyen yang digunakan begitu ringkas dan hanya meletakkan tajuk lagu hit Easy On Me yang dinyanyikan oleh Adele. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita dilihat begitu teruja melihat sosok badannya dan ada juga yang sempat memberikan teguran kepada penyanyi muda ini.

Ketika artikel ini ditulis, foto tersebut telah meraih hampir 50k tanda suka dan ratusan komen.

Respon netizen

Sumber: Naim Daniel

SKIP THIS AD ×