Didakwa lantang bersuara mengenai kontroversi yang melanda rumah tangga anak, ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menerima kecaman yang teruk daripada netizen.
Terbaru, wanita itu dituduh campur tangan dalam urusan rumah tangga anak menantunya dan didakwa membela anak lelakinya itu.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Jawab Tindakan ‘Unfollow’ Bella Astillah, Ajak Orang Ramai Cari Pahala Di 10 Malam Terakhir Ramadan
Macam watak Halijah?
Di TikTok, warganet turut menyamakan personaliti Hafiza seperti watak Halijah yang dilakonkan oleh Fazlina Ahmad Daud menerusi drama Rindu Kasih 2.
Ujar netizen, sebagai seorang ibu, Hafiza seharusnya berdiam diri dan tidak mengeruhkan keadaan.
Terdahulu, Hafizah memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.
Ketika ditemui OhBulan! Hafiza turut mengajak semua orang untuk berbuat perkara yang baik di 10 malam terakhir Ramadan.
Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan.
Sementara itu, Hafiza enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram Bella.
Sumber: TikTok