berita

Dituduh ‘Syok Sendiri’ Edit Gambar, Nike Sebenarnya Memang Hasilkan 2 Kasut Bola Ini Untuk TMJ

October 23rd, 2018 | by Wan
Lensa Insta

Gambar sepasang kasut bolasepak jenama Nike yang dimuatnaik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada beberapa minggu lalu menerima pelbagai respon daripada pengguna Twitter.

Dakwa mereka, gambar tersebut telah pun disunting daripada gambar asal milik pemain bolasepak terkenal England, Harry Kane. 

Istimewa untuk Harry Kane

Kasut yang tertera logo ‘The Three Lions’ itu difahamkan merupakan keluaran terbaru Nike yang direka khas untuk pemain tersebut sempena perlawanan England menentang Sepanyol di Stadium Wembley. Namun ianya telah disunting dan digantikan dengan logo pasukan bolasepak selatan tanah air, Johor Darul Takzin (JDT).

‘Chill guys’

TMJ bagaimanapun membalas respon orang ramai sambil menjelaskan ‘rakan’ di Nike bakal menghasilkan kasut yang sama untuk beliau. Gambar tersebut memang secara sengaja disunting bagi memperlihatkan bagaimana ianya bakal kelihatan apabila siap nanti.

It’s Harry Kane’s boots. Nike is doing the same for me so I’m thanking them.

I’m just excited on how it’s going to look like and just wanted to share it. That’s all. I really didn’t realise it was going to be a big deal. Haha.. Chill guys. Have a good weekend.

Terbaru, kasut tersebut telah pun dihantar oleh Ernest Rodrigues, Pengurus Pemasaran Sukan Nike kepada TMJ. Nampaknya bukan satu je, tapi dua pasang ‘custom boots untuk TMJ. Memang sebijik macam dalam gambar!

Sumber: TMJ

SKIP THIS AD ×