berita

Dituduh Terlampau ‘Mudah’ Maafkan Suami, Isteri Shuk Balas Kecaman Netizen

February 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassiyah Asshaferah atau Sera, telah menerima pelbagai komen negatif dan berunsur lucah semasa membuat review berbayar di media sosial tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Sanggup Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan Saya’ – Shuk Mengaku Buat Silap

Susulan daripada itu, Shuk memohon netizen untuk menghentikan kecaman terhadap isterinya. Tambah Shuk, isterinya hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sahaja.

Dia sekadar menjalankan amanah

Menerusi laporan Astro Gempak, Shuk memberitahu bahawa isterinya sekadar menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh peniaga-peniaga online di luar sana. Tambahnya, apa yang berlaku di antara mereka merupakan masalah peribadi dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Masalah rumah tangga dan kerja tidak sepatutnya dicampur adukkan. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan. Netizen tidak sepatutnya menyalahkan isteri saya kerana dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk semua paid review tersebut. Saya merayu berhenti bercakap dan menuduh isteri saya bukan-bukan.

Shuk turut memaklumkan yang dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang telah berlaku dan status terkini mereka suami isteri.

Tak boleh hidup tanpa hang

Maaf ya, perempuan bukan untuk ditindas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lampias nafsu.

Sejak dari kontroversi yang berlaku, Instagram Sera dihujani dengan pelbagai komen negatif. Terbaru, seorang individu telah meninggalkan komen berunsur lucah dan meminta Shuk untuk melayan isterinya semula bagi menghilangkan perasaan merajuk. Ternyata, komen tersebut turut mendapat perhatian Sera.

Jelas Sera, kaum wanita bukannya golongan untuk ditindas dan tempat untuk golongan lelaki melampiaskan nafsu sahaja. Tambahnya, individu tersebut tidak layak berkahwin seandainya mempunyai mentaliti sebegitu.

Sumber: Astro Gempak & Rossa Sera

SKIP THIS AD ×