Setelah beberapa hari mendiamkan diri, pelawak, Shuk Sahar akhirnya memuat naik satu video di akaun Instagramnya. Video yang dimuat naik itu menunjukkan detik pertemuannya bersama anak-anak selepas kontroversi dakwaan dia berlaku curang terhadap isteri.
Artikel berkaitan: Terpalit Isu Curang, Shuk Digantung Tugas Penyampai Radio Hot FM
Artikel berkaitan: Nombor Telefon Tersebar, Fara Saleh Dakwa Terima Banyak Mesej Kecaman Selepas Dituduh ‘Rampas’ Shuk
Artikel berkaitan: Life Must Be Go On, Sebab Ada Dua Anak Kena Tanggung’ – Isteri Shuk Sahar
Artikel berkaitan: ‘Tu Suara Bini Kau Nangis Lah Shuk!’ – Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen
Artikel berkaitan: ‘Aku Dah Cukup Pendam Macam-Macam!’ – Isteri Dakwa Shuk Curang Lagi?
Momen indah anak beranak tersebut yang berdurasi 1:54 saat itu, dipercayai dirakam oleh pekerja Shuk iaitu Muhammad Ridzuan.
Setiap orang melakukan kesalahan
Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya. Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh. Apapun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya!
Menurut Shuk, setiap orang di dunia ini tidak lari daripada melakukan apa jua kesalahan. Oleh itu, dia mengaku bahawa semua perkara yang terjadi terhadap dirinya sekarang ini berpunca daripada kesilapan dan kesalahan dirinya. Jelas Shuk, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula keluarga dan kebahagiannya seperti sebelum ini.
Sayang ayah?
View this post on Instagram
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Shuk kelihatan mendukung kedua-dua anaknya itu. Shuk turut bertanya kepada anak-anak adakah mereka merindui dan menyanyanginya. Menurut anak Shuk yang dikenali sebagai Ain, mereka rindu dan sayang ayah mereka. Shuk sempat memeluk dan mencium anaknya di akhir video berkenaan. Rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat Shuk dan mendoakan kebahagiannya bersama keluarga selepas ini.
Sumber: Shuk Sahar