berita

Dituduh Tumbuk & Tendang ‘Pak Guard’, Sharnaaz Ahmad Dihadapkan Ke Mahkamah

January 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Terbabit Sebarang Masalah, Sharnaaz Ahmad Guna ‘Bodyguard’ – ‘Dia Kena Cepat-Cepat Tarik Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Memijak, Menendang Perut, Mencekik Ataupun Menumbuk’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya Bergambar Dengan Minyak Masak, Netizen Geli Hati Tengok – ‘Semoga Baba Dipilih Jadi Duta’

Sharnaaz dituduh di Mahkamah

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, tertuduh akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas pertuduhan mencederakan orang.

Dia dijangka akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pukul 9 pagi. Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Sharnaaz direman tiga hari selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, Jun lalu. Kejadian bermula apabila pelakon terbabit bertindak menegur sebelum menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

SKIP THIS AD ×