Pada Isnin lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Unsur Panas Baran, Saya Yakin Tak Bersalah’ – Sharnaaz Ahmad
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad & Jebat Jayden Berpelukan Erat, Netizen Berderai Air Mata
Saya kembali!!
View this post on Instagram
Selepas memuat naik video bersama Jebat Jayden di Instagram (IG), Sharnaaz dilihat berkongsi foto dengan aktor Shukri Yahaya yang merupakan rakan baiknya.
Gambar tersebut memaparkan Sharnaaz dan Shukri bergambar dengan sebotol minyak masak yang menjadi simbolik utama dalam kontroversi baru-baru ini.
Apa yang menggelikan hati wargamaya, aktor sensasi berumur 37 tahun itu seakan menerima anugerah daripada pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3.
Pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad juga menyifatkan dugaan yang berlaku ini menjadi pembakar semangat untuk dia kekal kuat.
Steady mamu
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat terhibur melihat gelagat dua sahabat sejati ini.
Selain itu, ada juga segelintir warganet memberi idea agar pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini menjadi duta ataupun mengeluarkan produk minyak masak jenama sendiri.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad