Hantaran Deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd menyorot perhatian apabila memberi tips ringkas untuk melayani wanita semasa fasa datang bulan.

Artikel Berkaitan: DJ Kidd Raih Perhatian, Tayang Foto Mesra Bersama Emma Maembong – ‘Love You Guys’

Artikel Berkaitan: Emma Maembong Mengaku Pergi Kelab Malam, Support DJ Kidd ‘Spin’ – ‘Saya Masuk Dengan Gembira’

Cara layan wanita

Menerusi perkongsian di Threads, DJ Kidd dilihat memuat naik gambarnya bersama pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, dari sudut belakang.

Bagaimanapun, kapsyen yang disertakan meraih perhatian netizen yang terhibur apabila dia memohon agar para lelaki bersabar melayani wanita yang mengalami senggugut.

Perempuan kalau period pain (senggugut) makan modal tau.

Sabar ya lelaki semua.

Kalau sayang, ikut saja apa yang dia nak.

Kalau dia nak rumah baru, kau beli saja.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan bahawa wanita hanya mahukan perhatian daripada insan yang disayangi. Selain itu, netizen turut terhibur sekali gus bersetuju dengan kenyataan DJ Kidd.

Sumber: Threads @djkidd_official