
Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic menegur tindakan seorang individu yang meluahkan hasrat untuk memboikot perniagaan dan karya membabitkan sahabat baiknya, pelakon serta usahawan, Nur Fazura.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi, Doakan Jodoh Fazura Juga’ – DJ Sonic
Boikot Fazura
Menerusi satu hantaran di Threads, Sonic meluahkan rasa terkilan apabila komen seperti itu ditulis oleh seorang wanita bertudung yang juga beragama Islam.
Boikot? Seorang perempuan bertudung, mungkin juga sudah bergelar seorang ibu yang beragama Islam boleh tulis begini?
Kalau dia boleh tulis begini kepada sahabat saya, Nur Fazura, mengapa saya tidak boleh mendedahkan wajahnya.
Dalam pada itu, Sonic turut menasihati pengguna media sosial agar lebih beradab ketika meninggalkan komen, apatah lagi jika membabitkan rezeki dan periuk nasi orang lain.
Katanya, rezeki setiap insan bukan ditentukan oleh manusia, sebaliknya sudah ditetapkan Tuhan.
Hati-hati bila menulis sesuatu dalam media sosial. Fazura penat bekerja siang malam mencari rezeki. Kau ini makcik dalam berapa saat sahaja boleh tulis mahu pakat boikot.
Jahat betul manusia sekarang. Macam mereka pula yang jadi Tuhan nak tentukan soal rezeki orang lain.
Sumber: Threads