
Pendakwah bebas, Da’i Wan menitipkan pesanan kepada pempengaruh media sosial, DMA Islam yang tewas dalam perlawanan tinju menentang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Koroy, pada malam Selasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Tak Pernah Hormat Artis Atau Influencer, Mereka Tak Ada Real Value’ – DMA Islam
Titip pesan pada DMA Islam
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Da’i Wan atau nama lengkapnya meminta DMA Islam untuk mengambil iktibar daripada kekalahan tersebut dan mengubah sikapnya menjadi lebih baik.
Dari kekalahan ini, saya harap DMA Islam mula berubah sikap dan ‘attitude’ ke arah yang lebih baik.
Buktikan dulu sumbangan kepada masyarakat dan umat.
Semoga selepas ini kenal erti tunduk dan hormat lebih daripada menunjuk-nunjuk soal maskulin.
Ini hanyalah titik-titik pengalaman kehidupan kalian.
Eratkan hubungan silaturrahim dengan tinju
Dalam pada itu, Da’i Wan turut menyeru DMA dan Abang Koroy untuk menjadikan sukan tinju sebagai platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.
Sukan tinju ini hanya landasan untuk menghubungkan silaturrahim, itu teras dia.
Bangkitlah anak muda dalam bersukan, betulkan apa yang kalian kurang dan tambah baik apa yang kalian ada sekarang.
Nasihat saya untuk kedua-duanya, jadilah anak muda yang memberi inspirasi yang betul dan baik untuk semua.
Pada malam Selasa, perlawanan tinju melibatkan DMA Islam dan Abang Koroy telah berlangsung secara langsung di aplikasi TikTok dan disaksikan oleh puluhan ribu penonton.
Pada perlawanan itu, DMA Islam telah tewas secara ‘knockout’ (KO) manakala Abang Koroy selaku pemenang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Sebelumnya, perlawanan melibatkan dua pempengaruh itu pada awalnya dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Ahad bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025.
Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut telah dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak Twins Championship.
Sumber: IG Da’i Wan, TikTok








