Sejak tahun 2020, pelakon dan pengacara Neelofa berkongsi doa harian, tip fahami erti bacaan dalam solat kepada lebih 360,000 orang yang menyertai kumpulan Telegram kendaliannya.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Nak Sorok Anak Atau Tak Mahu Bagi Tengok’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: Saudara Kelantan Puji Bilal Segak & Macam Jebat Jayden, Peminat Neelofa Lagi Teruja
Artikel Berkaitan: Masih ‘Laku’ Dengan Jenama Antarabangsa, Neelofa Syukur Niqab Jadi Ruang Dakwah
Doa untuk anak
@seorangnur Doa buat anakanda Muhammad Bilal yang selalu Neelofa buat ?? #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? YA MAULANA YA ALLAH – Gt’Nata
Terbaharu, Neelofa, 33, berkongsi doa yang wajib dibaca untuk anak lelakinya, Muhammad Bilal kepada orang ramai di Instagram Naelofar.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok @seorangnur, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan doa yang diamalkan setiap kali menyusukan Bilal pada awal pagi.
Saya kalau bangun malam kan, terjaga pukul 4.30 pagi, Bilal minum susu kan, waktu 2.30 pagi dia akan menangis. Dia tak buka mata. Dia nak susu, kita bagi susu.
Sama-sama tengok dia dalam gelap.. doa Ya Allah bagi la anak aku kesihatan dan kesejahteraan yang baik selamanya Ya Allah.. Lindunginya dari segala musibah, kecelakaan, penyakit.
Bagi dia sihat selalu, bagi dia keimanan yang baik dalam hati dia supaya dia boleh ikut suruhan Allah dan Rasul. Mesti doa saya itu lebih kepada kesejahteraan dia, keimanan dia.
Itu antara doa favourite saya kalau bangun tengah malam.
Doa ibu insya-Allah makbul
Di ruangan komen, rata-rata peminat terutama golongan ibu menyatakan mereka juga mempraktikkan doa yang sama.
Selain itu, ada juga yang berterima kasih dengan isteri kepada pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang tidak pernah kedekut dalam berkongsi ilmu pengetahuan.
Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @seorangnur