Pejam celik pejam celik.. sudah dua tahun pelakon Neelofa tampil dengan imej berniqab.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Nak Sorok Anak Atau Tak Mahu Bagi Tengok’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: Neelofa Rancang Ikut Haris Sambung Belajar, Ambil Peluang Dalami Bahasa Arab
Jadi ruang dakwah
Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 33, ditanya respon apabila jenama antarabangsa masih sudi bekerjasama sehingga hari ini.
Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia bersyukur dan terkejut kerana penampilan berniqabnya itu tidak menghalang untuk dia menggayakan fesyen jenama antarabangsa.
Katanya lagi, secara tidak langsung ia menjadi ruang dakwah kepada orang ramai.
Terkejut juga. Sebab saya faham kalau ada jenama yang sedikit takut atau khuatir sekiranya tidak mendapat engagement yang tinggi.
Mereka yang dah pernah bekerja dengan saya, mungkin tahu perkongsian saya memberi kesan yang bagus. Sebab itu mereka teruskan kerjasama.
Saya bersyukur dan bangga juga sebab secara tak langsung menjadi ruang dakwah. Inilah pakaian wanita Muslimah selain daripada bertudung yang kita boleh kongsikan.
Isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz berkata demikian ketika di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
Stesen televisyen berlapang dada
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini mengakui tersentuh hati apabila stesen televisyen memberi peluang untuk dia tampil sebagai hos biarpun sudah berpurdah.
Saya lebih terkejut dan tersentuh sebab stesen TV masih menerima seperti Nona berlapang dada untuk menerima mereka yang berniqab atau berpurdah untuk tampil sebagai pengacara.
Pada tahun 2020, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: Instagram @neelofa