berita

‘Doakan Kesihatan Aku Lebih Baik Sebab…’ – Surat Kiriman Benjy Penuh Makna

December 21st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim pernah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang Sumatera Utara kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram dan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun.

Terbaru, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkesempatan melawat Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia. Dia juga mengirimkan nota istimewa buat semua rakan artis dan seluruh rakyat Malaysia.

Dia peluk erat, agak lama

Menurut laporan Metro, pelakon dan presiden Seniman, Zed Zaidi berpeluang ke Penjara Tanjung Gusta, Medan untuk melawat Benjy, tempoh hari. Dia juga berkata kesihatan Benjy buat ketika ini kurang memuaskan kerana dia kerap batuk dan menghidap asma.

Ketika melawatnya, suasana memang sedih. Benjy jumpa saya dan peluk erat agak lama. Dia kata, kami orang Malaysia pertama yang melawatnya. Ketika itu juga saya dapat tahu keadaan kesihatannya agak kronik dan berpotensi untuk dijangkiti tibi.

Saya dimaklumkan Benjy menghubungi mereka dan meminta bantuan kewangan terutamanya bagi membeli makanan dan kos rawatan.

Apabila ramai artis yang buat aduan, Seniman kena ambil tindakan buat lawatan dan perlu tahu perkara sebenar. Kami tahu yang salah tetap salah, tetapi kami ke sana atas dasar keprihatinan, kemanusiaan, kebajikan dan kesihatan Benjy.

Pakaiannya sudah dua tahun tak bertukar

Aku lama lagi kat sini. So, please doakan yang kesihatan aku lebih baik sebab I need to be healthy to survive here. Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudah.

Zed Zaidi selaku wakil Seniman telah berupaya membantu Benjy setakat yang mampu. Malah, tindakan Presiden Seniman ini adalah bertujuan memenuhi amanat ibu Benjy, Allahyarham Azean Irdawaty supaya menjaga anaknya.

Benjy bukan warga Indonesia, jadi kos rawatannya di sana memang tinggi. Ketika di sana, kami bantu uruskan pemeriksaan rawatan dia dan bantu membeli ubat dan sebagainya.

Ketika itu barulah hidupnya terasa berfungsi kerana sebelum itu dia kurang bercakap kerana kerap batuk berhingus dan menangis.

Kini, Benjy sudah dua tahun ditahan di sana dan dia masih berbaki kira-kira sembilan tahun dari tempoh tahanannya.

Sekiranya tak dapat menyumbang dari segi kewangan, memadailah dengan sokongan moral yang diberikan buat Benjy untuk terus kuat dalam penjara.

Pakaiannya sudah dua tahun tak bertukar. Kami ada ambil gambar-gambarnya ketika dalam penjara dan berterima kasih dengan keprihatinan pihak penjara yang memberikan kebenaran.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×